ANTARA SALAH SEORANG AHLI FALSAFAH YANG HEBAT..
YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN LUAR BIASA!!
IKUTILAH JALAN KEHIDUPAN BELIAU AKAN DATANG....AYUH SAHABAT KITA MENGENALI BELIAU,,,
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH
YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN LUAR BIASA!!
IKUTILAH JALAN KEHIDUPAN BELIAU AKAN DATANG....AYUH SAHABAT KITA MENGENALI BELIAU,,,
Akhirnya siap juga.....
ok,,
SEMOGA MENDAPAT MANFA'AT DAN MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN
SELAMAT MEMBACA
(MAAF KALAU ADA KESILAPAN DAN KESALAHAN DIDALAM KAJIAN INI)
1.0
PENDAHULUAN
Kertas kerja ini membincangkan mengenai seorang tokoh falsafah yang
terkenal sehingga kini dan ilmu falsafah beliau digunakan disekolah-sekolah
atau universiti-universiti tempatan mahupun diluar Negara,beliau yang
dikehendaki sebagai tokoh falsafah itu adalah bernama plato.yang kita sedia
maklum beliau telah menghasilkan berbagai-bagai karya sendiri mahupun karya
yang dibuat oleh para muridnya yang mana menjadi bahan rujukkan utama diseluruh
Negara dan menjadi bahan sebutan masyarakat tentang seorang tokoh ini.tapi
apakah kita sekarang telah mengenali siapakah plato itu?dan apakah
falsafah-falsafah yang beliau bawakan kepada kita?Di dalam kertas ini akan
diceritakan dengan lebih mendalam dan teliti supaya dapat kita mengenali
siapakah yang bernama plato itu.dalam pepatah melayu pun ada mengatakan”tak
kenal maka tak cinta”dan kita boleh menjadikan beliau sebagai tokoh role
modal.Bagi sesetengah orang mungkin ada yang belum lagi mengenali bahkan Cuma
mengetahui namanya sahaja tidak secara teperinci sebutannya.
2.0
KISAH HIDUP PLATO
2.1 Siapakah Plato
Plato lahir sebagai putra Ariston dan perictione sekitar tahun di
kota Athena,dan wafat di kota yang sama tahun 347 SM dalam usia 80 tahun. Ia
berasal dari keluarga aristokrat yang secara turun-temurun. Bapa beliau bernama
Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja kordus yang sangat dikagumi oleh
rakyatnya disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaannye memerintah Athens.Ibu
beliau pula bernama periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan agung di
Athens. Nama sebenar plato adalah aristokles dan beliau mendapat gelaran plato
oleh jurulatih senamanya kerana mempunyai bahu dan dahi yang lebar (fuad
hasan;1973;31) memegang peranan penting dalam politik Athena.
Plato merupakan ahli falsafah yunani klasik, ahli matematik,
penulis dialog falsafah,pelajar Socrates dan pengasas akademik di Athens yang
merupakn institusi pengajian tinggi pertama. Cita-cita Plato dahulunya ingin
menjadi seorang ahli politik tetapi kerana kejadian bahawa socretes mati
dihukum minum racun maka pupuslah sudah cita-citanya.Plato
membantu meletakkan dasar-dasar falsafah dan sains barat. Kecanggihan plato
sebagai penulis adalah jelas dalam Dialog Socrates,36 dialog dan surat tiga
belas tahun telah menyatakan kepadanya. Tulisan-tulisan Plato telah
disiarkan dalam beberapa fesyen ini telah membawa kepada beberapa konvensyen
mengenai penamaan dan rujukan teks Plato. Dialog Plato telah digunakan untuk
mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk falsafah logik, etika, retorik dan
matematik.
Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah
yang telah dianggap sebagai pencetus idea atau nota kaki falsafah barat. Plato
ialah seorang yang amat berpengatahuan luas dalam bidang sains kemanusiaan,
kemasyarakatan, kesenian,ekonomi,politik, dan lain-lain. Plato juga telah
menyuarakan pendapatnya dengan tegas,padat dengan fakta-fakta, dan logik akal.
Oleh itu segala pendapat-pendapat beliau
yang bernas, falsafah-falsafah, serta tiori yang diutarakan oleh beliau masih
digunakan sampai ke hari ini.
2.2 Guru dan Murid Plato
Menurut catatan sejarah, Plato mempelajari ilmu falsafah melalui
seorang tokoh yang terkenal pada zaman dahulu iaitu Socrates (470-399 sm) yang
tinggal di Athena. Dan manusia inilah yang pengaruhnya terbesar terhadap plato,
yang selama tidak kurang dari lapan tahun menjadi muridnya yang sangat rapat.
Seeratnya hubungan antara keduanya itu sedemikian rupa, sehingga sukar sekali
membezakan dengan tegas mana-mana yang asli ajaran plato dan mana-mana yang
sebenarnya berasal dari Socrates.kerana Socrates dikenali melalui
tulisan-tulisan plato. Dalam tahun 339 socrates telah dibicarakan atas tuduhan
tidak memepercayai dewa-dewi serta merosakan fikiran anak-anak muda dan dia
dihukum jatuh hukum mati. Dan antara guru plato juga adalah Kratylos seorang
murid kepada heraklitos, sampai-sampai mendekati semacam agnosticisme(fahaman
yang agak lama mungkin sudah tidak digunakan lagi),dikatakn oleh Aristotles
bahawa menjelang akhir hidupnya kratylos tak berani menyatakan apa-apa lagi dan
hanya menggerak-gerakan jarinya saja secara menyangkal.(fuad hasan:1973)
Antara murid plato yang sering kita ketahui dan masyhur diseluruh
tempat dan masa adalah aristotles yang
berguru dengan plato pada usia tujuh belas tahun,dan menjadi anak murid
kesayangan plato selama dua puluh tahun. Tapi akhirnye bila sudah lama di
akedemia plato, aristotles mula tidak bersefahaman dengan tiori-tiori yang
ditonjolkan oleh plato. Lagi akan diterangkan ketidaksefahaman aristotles
terhadap gurunya,plato. Apabila pada 347 SM,plato meninggal dunia,aristotles
bersama dengan Xenokrates,teman sekelas di academia meniggalkan Athena. Dan
murid plato juga adalah Erostos dan korikos yang dikirim oleh plato dari
akademia ke mitylene atas permintaan hermeias. Dion juga menjadi murid plato dan menerima doktrinnya.
3.0
MENGENALI KARYA PLATO
Semua karya plato ditulisnya selama lebih dari 50 tahun. Karangan
plato kebanyakan berbentuk dialog. Jumlahnya tidak kurang dari 36 buah yang
terdiri daripada politik,etika,metafizik dan ilmu teologi.(Isa Hasan.2009), dan
karya-karyanya dalam bentuk surat dan puisi. Hanya saja,sangat sukar untuk
menentukan waktu penulisan dari masing-masing karya tersebut,dan bagaimana
terbitnya. Kebanyakan berdasar atas “idea”,cita-cita yang tertinggi,idea
kebaikan,idea etik,dan dalam pokok-pokok pendirian yang tidak semua sama.
Ketidaksamaan ini kemungkinan diakibatkan masalah dan waktu penulisan yang
berlainan. Namun,semantara ahli menyatakan bahawa hal itu terkait denagan
kemajuan dalam pemikiran plato. Kemajuan pemikirannya yang berbasis pada “ide”
itu tidaklah mengherankan jika melihat lamanya waktu plato mengasah pikiran dan
menuliskannya (Armstrong,hal.67).
Karya-karya yang masih didapatkan hingga saat ini adalah antaranya
(cohn,hal.2-3): apologia okratous (apology):criton (crito):phaedon
(phaedo)cratylos (cratylus):theaetetos (theaetetus): sophists (sophist);
politicos (statesman); Parmenidesphilebos (philebus)
Berdasarkan karya-karya tersebut sampai tahun 2000, yang sudah
diterjemah ke dalam bahasa inggeris,antara lain:David Dallop (penerj).
Theaetetus (1973); francis macdonald cornford (penerj.),plato’s theory of
knowledge:the theaetetus and the sophist of plato (1935,reprinted 1973);
francis macdonald cornford (penerj),
plato’s theory of knowleledge: the theaetetus and the sophist of
plato (1935, reprinted 1973):J.B.skemp (penerj.)
4.0
KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP PLATO
Walaupun plato
adalah seorang tokoh fasafah yang terkenal dan disegani oleh masyarakat Athens
dengan kebijaksanaanye sehingga muncul sebagai pemikir besar. Dengan
kebesarannya , orang dapat menjadi pemikir besar melalui telaah atas
karya-karyanya yang bersifat “abadi”. Walaubagaimanapun.setiap sesuatu perkara
yang beasaskan pemikiran ini,ada segelintir manusia yang tidak besefahaman
antara fikrah masing-masing,walaupun ianya anak muridnya sendiri iaitu
Aristoteles yang dulunya menjadi murid kesayangan plato selama dua puluh tahun
lamanya.tapi dengan ketidaksefahaman beliau dan plato dari segi pemikiran maka
timbullah keritikan tentang pemikiran plato yang bertiorikan sebagai idealis
dan aristoteles bertiorikan sebagai logic dan mengunakan pancaindera. Apabila
ditanye tentang konflik ini kepada aristoteles mengapa beliau senang mengecam
plato ini,maka jawabnya”plato kukasihi,namun aku lebih mengasihi kebenaran”(DR.J.H.RAPAR:1988)
Antara
perkara-perkara yang dikeritikan oleh aristoteles adalah:
1)
Tiada Idea yang asliah
Menurut plato
beliau mencari perkara yang kekal dan tidak berubah dari alam yang berubah-ubah
ini dan beliau juga berpendapat bahawa “idea” lebih “nyata”daripada segala
fenomena alamiah contohnya. Idea tentang ‘kuda’ dan idea tentang ‘ayam’ lahir
sebelum adanya ayam dan telur ayam.Tapi bagi Aristotle,’idea’ atau bentuk kuda
terdiri daripada ciri-ciri kuda itu dan idea mengenai ayam. Bagi Aristotle
‘bentuk’ ayam hadir di dalam tiap-tiap ekor ayam sebagai ciri khusus ayam itu
–misalnya,semua ayam mengeluarkan telur. Jadi,ayam tidak dpat dipisahkan
seperti jasad dan roh.(Jostein Gaarder:86:2006)
2)
Bentuk sesuatu benda ialah ciri-ciri yang
khusus
Bagi Aristotle
kita hendaklah memutuskan bahawa reality terdiri daripada pelbagai benda yang
berasingan yang membentuk kesatuan bentuk dan jauhar. Jauharlah yang membentuk
sesuatu benda manakala ‘bentuk’ia merupakan ciri yang khusus
3)
Sebab terakhir
Hari ini kita
bercakap tentang sebab berlakunya sesuatu,kita merujuk soal,bagaimana perkara
itu berlaku tetapi Aristotle berpandapat bahawa di dunia alamiah ini,terdapat
jenis sebab-musabab yang berbeza yang disebut sebagai ‘sebab teakhir’. Sebagai
contoh tingkap rumah pecah,agak munasabahlah kalau kita bertanya mangapa peter
melempakan batu itu. Jadi kita bertanya tentang tujuannay berbuat demikian.
Disini tujuan memainkan peranan yang penting maka arestotle juga mngambil kira
‘tujuan’ yang sama apabila dia yang memikirkan proses alam tabii yang sama
sekali tidak bernyawa sebagai contoh:turunnya hujan dengan tiga sebab,sebab yang
pertama sebab material’ialah kelembapan awan,yang kedua sebab
efisien’kelembapan menjadi sejuk dan sebab yan ketiga ialah sebab formal iaitu
‘bentuk’ atau sifat air. Tetapi menurut Aristotle.Dia akn menambah lagi dengan
berkata bahawa hujan berlaku kerana tumbuhan dan haiwan memerlukan hujan untuk
tumbuh dan hidup.
Pandangan
mengenai wanita
Aristotle tidak
terlalau memandang tinggi terhadap kaum wanita, tidak seperti plato. Aristotle
memandang bahawa wanita adalah kaum yang tidak lengkap, wanita dianggap sebagai
‘lelaki yang tidak lengkap.’ Dalam proses reproduksi, wanita dianggap bersifat
pasif dan hanya menyerah, manakala lelaki besifat aktif dan produktif.
Dan banyak lagi
keritikan-keritikan kepada plato antaranya ialah Logik,Skala alam
semulajadi,Etika,Politik.(Jostein Gaarder,2006)
5.0
KEJAYAAN-KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN PLATO
Sekiranya ahli
falsafah Eropah sulung yang karya-karyanya masih kekal yang tidak mencapai
kemuncak keagungan seperti Homer.Plato juga sebenarnya pencapain beliau dalam
bidangnya sangat tinggi antaranya.
1)
kemajuan meningalkan pemikiran separa keagamaan
yang mana ber
Falsafah sepanjang masa akan terus kekal sepanjang masa kerana ia adalah
pernyataan semula jadi pemikiran manusia mengenai akal dan tentang nilai,ia
kelihatan di beberapa tempat pada masa-masa yang berlainan dalam berbagai-bagai
bentuk dan dualism akal,jasad plato,bersama-sama dengan kepercayaan tentang
keabadian roh.
2)
kemajuan kearah teori logik dan metafizik yang
lebih teguh dan lebih tepat
adalah satu
falsafah moral dan falsafah bahasa. Ini bukanlah seluruhnya perkara baru,
tetapi dengan perbincangan dan keritikan mengenainya. Sebagai contoh keritikan
aristotles kepada plato.
3)
perkembangan topik ‘yang satu dan yang banyak
(the own and the many)
sebaimana
ahli-ahli kosmologi masa dahulu mencari penjelasan tentang kepelbagai
benda-benda yang menakjubkan dalam dunia dengan cara mencari sesuatu asas atau
sebab yang sepunya
4)
Berjaya membezakan satu sama lain keempat-empat
jenis penjelasan(keempat-empat jenis soalan ‘mengapa’serta jawapannya.)
Antaranya ialah
1.
Sebab material (bahan) atau penjelasan tentang
kandungan material seseuatu benda
2.
Sebab kecekapan (efisien) atau dalam erti kata
moden yang lebih sempit, sebab yang menjadikan sesuatu benda melakukan sesuatu
3.
Sebab formal,(asasi) atau penjelasan tentang
bentuknya, apa ertinya menjadi benda jenis itu;dan beliau juga membezakan,
sepertimana yang akan kita lihat kelak
4.
Sebab muktamad atau penjelasan tentang tujuan
bagi sesetengah benda menjadi seperti itu
Tetapi plato lebih berminat kepada sebab-sebab
formal dan muktamad (R.M.HARE.1992)
6.0
PLATO DALAM KEPENTINGAN ISLAM
Apa yang kita lihat sejak pemerintahan Harun al-Rasyid dan
al-Makmum (abad 9 M), banyak dilakukan penerjemahan karya-karya Yunani ke dalam
bahasa arab,yang kemudian dikonsumsi oleh masyarakat muslim,termasuk lah
karya-karya yunani kuno yang dikarang oleh plato,ia memberikan pengaruh yang cukup signifikan
bagi filsafat dan sufisme Islam.
Posisi penting
Plato dalam bangunan filsafat Islam, kemudian juga dimunculkan oleh
al-Syahrastani, yang menobatkan Plato dengan sebutan Syaikh al-Yunani (Muhammad sholikhin.2008) dan plato juga
berada pada jajaran filosof dan saintis, kerana selain ahli filsafat, ia juga
ahli dalam bidang matematika, terutama geometri. Dalam sejarah yunani kuno juga
telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar dunia, dan para ahli hokum:
Alexander, Cimon,Solon dan hanya plato saja memiliki posisi yang strategis
kerana filsafat pengetahuannya.
Setelah kita
secara sekilas mengetahui arti penting plato di duni filsafat, dan juga
bagaimana islam menempatkannya,kerana beliau menjadi yang terpenting bagi
tonggak kemunculan fisafat sebagai wacana ilmu, dan filsafat sebagai pisau
bedah analisis ilmiah,
Selain itu,
dilandasi kenyatan bahawa islam ‘menikmati’ produk pemikiran plato, maka tokoh
filosof bertahun lamanya muslim dan perancang perennialism islam modern,
Fritjof Schuan, menyatakn bahawa plato termasuk dalam kalangan “orang-orang
suci terdahulu”, menurut Schuon termasuk dalam kalangan “orang-orang yang
bertauhid”, kerana telah mengekspresikan kebenaran yang menjadi hati pada semua
agama. Mereka termasuk dalam segi universalitas islam, dan tidak terkategori
sebagai “di luar” islam (Schuon,1963)
7.0
DIANTARA TEORI-TEORI PLATO
7.1 Teori Kosmologi
Fisiologi
dalam pandangan Plato merupakan suatu perkara yang perlu dibangkitkan untuk
membersihkan Utopia daripada perkara-perkara yang menyimpang. Langkah pertama
yang dihukumnya melawan fahaman masyarakat yang memegang bahawa unsur asal alam
cakerawala ini adalah sumber yang terdiri daripada tanah , air , angin dan
api. Dimana ia wujud secara semulajadi
dan secara kebetulan. Ini adalah untuk mengatakan bahawa alam ini tidak terjadi
secara ‘bentuk’ atau secara ‘kebetulan’.Bahkan Plato meletakan alam ini terjadi
secara ‘seni’ iaitu dimana seni tersebut adalah untuk menghasilkan interaksi
antara alam semula jadi dan alam roh.
Untuk
memulakan langkah pertama, Plato mengejutkan masyarakat dengan meminta untuk
mendapat tahu tentang fakta mengenai alam semula jadi dengan menggunakan
deduksi atau kesimpulan akan kewujudan daripada andaian kosmologinya. Terdapat
beberapa fakta daripada hipotesis yang menceritakan tentang alam semesta .
Antaranya the cosmos must have a soul ,
the cosmos must be unique , the cosmos must be spherical and the cosmos must be
characterized by time.(Vlastos 1975)
Fakta
pertama mengatakan setiap alam semesta mesti mempunyai roh.Hal ini kerana
bentuk yang ideal atau sesuatu yang perlu dalam setiap makhluk adalah jiwa atau
roh.Manakala fakta kedua pula ialah setiap alam semesta adalah unik. Ini
dikatakan unik kerana model yang ideal adalah unik dan dunia akan menjadi
seperti model tersebut jika ia terlalu unik. Ketiga pula ialah setiap alam
semesta bersifat sferikal atau berbentuk sfera. Perkara ini kerana sfera
merupakan bentuk yang paling seragam yang pernah wujud, plato berkata “the homogenenous is ten thousand times more
beautiful than the heterogeneous” (Vlastos 1975) .Fakta keempat mengenai
alam semesta ini mempunyai ciptaan ialah alam semesta ini disifatkan dengan
masa. Hal ini kerana masa sebagaimana yang Plato fikirkan “a moving image of eternity” (Vlastos 1975) , ia membawa dimensi
yang menyusun ketetapan kepada keadaan yang tidak berubah-ubah.
7.2
Teori Gua
Plato
membentuk satu kiasan bagaimana sekumpulan banduan yang tinggal di dalm gua
yang gelap dan diikat dengan rantai pada kedua tangan dan kaki supaya tidak
boleh bergerak. Muka mereka dihadapkan ke dinding gua tanpa mengetahui apa yang
dibelakang. Di dalam gua tersebut, terdapat dataran dimana ada orang yang
menggerakkan objek manusia dan bintang yang diperbuat dari kayu di belakang api
yang menyala. Para banduan hanya dapat melihat baying-bayang objek itu sahaja
tanpa mengetahui hakikat sebenar yang berlaku di belakang mereka.Baying-bayang
dan gema suara yang dimainkan oleh orang dalam gua tersebut dianggap hakikat
sebenar berdasarkan pancaindera mereka.
Terdapat dua kesan sekiranya banduan
itu dapat melihat hakikat sebenar iaitu sama ada melihat ke arah api atau
dibebaskan ke luar gua. Kesan yang pertama ialah melihat api di dalam gua, seseorang itu
mungkin berminat untuk tidak melihat api tersebut kerana banduan tersebut
mungkin mengalami kesakitan apabila melihat api tersebut dan lebih berminat
untuk melihat baying-bayang tersebut kerana ia menganggap bahawa baying-bayang
itulah hakikat yang sebenar. Implikasinya ialah mereka merasa yakin bahawa
bayang-bayang boleh member penglihatan yang jelas.Kesan yang kedua ialah jika
mereka dikeluarkan dari gua, mereka mungkin tidak boleh melihat alam di luar
gua kerana ini disebabkan cahaya matahari yang terang. Disini menyebabkan
mereka tidak boleh hakikat yang sebenar alam kecuali melalui proses
peningkatan. (Ahmad Sunawari Long 2006).
Bagi mengatasi masalah tersebut ,
bekas banduan mestilah melakukan beberapa perkara , antaranya ialah melihat
bayang-bayang sesuatu objek terlebih dahulu atau melihat refleksi sesuatu objek
di dalam air seperti melihat refleksi objek seperti bunga di dalam air. Dengan
refleksi ini, dia boleh melihat warna dan bentuk bunga tersebut, kemudian
barulah dia bertindak untuk melihat
hakikat sebenar bunga tersebut. Kedua ialah sebelum seseorang itu melihat
matahari, hendaklah ia melihat bulan
dan bintang pada waktu malam bagi mengurangkan cahaya yang berlebihan
pada matanya. Setelah itu dia akan mampu untuk melihat matahari pada waktu
siang secara langsung tanpa perantaraan.
Perbandingan ini adalah merupakan
penjelasan Plato tentang tahap ilmu yang ada pada manusia yang mana kebanyakan
manusia berada dalam dunia bayang-bayang dan mengaggap apa yang diterima oleh
pancaindera mereka sebagai sesuatu yang hakiki. Kiasan ini juga merupakan
penjelasan Plato bahawa mereka yang bebas daripada alam tidak hakiki iaitu
bahawa ahli falsafah perlu juga kembali menjengah kea lam pekerja dan pengawal
supaya memahami kehidupan mereka. (Stumpf 1975: 94-95)
Kesimpulan
yang boleh dibuat ialahPlato menegaskan bahawa hanya orang yang terlepas daripada
belenggu itu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua itu
bukan realiti yang sebenarnya.
7.3 Teori
Kekalan Roh
Plato
membahagikan roh yang ada pada diri manusia kepada tiga bentuk iaitu nafsu ,
emosional dan rasional. Pembahagian ini kemudian diubah suai oleh Sigmund Freud
dengan menamakan roh sebagai ego dan dibahagi kepada tiga bentuk iaitu id, ego dan super-ego.Roh merupakan prinsip utama kepada kehidupan dan
pergerakan yang bersifat qadim dan kekal.
Menurut pandangan plato, personaliti
manusia di alam ini dipengaruhi oleh elemen jasadiyyah yang menyebabkan
kelemahan fizikal, bernafsu dan mempunyai kenikmatan badan. Ini membawa kepada
turunnya tahap sifat roh. Sedangkan dalam kehidupan sebenar, roh menumpukan
kepada aktiviti yang bersifat kontemplasi ke atas kehidupan yang azali yang
membolehkan ia bergerak menuju ke alam hakiki. Keadaan ini menunjukkan bahawa
wujud pertentangan pada diri roh yang ingin membebaskan dirinya daripada
perangkap alam kebendaan dan ingin kembali kepada alam ketuhanan.
Untuk itu, Plato mengemukan dua
metod bagi membuktikan kepastian kekalan roh akan berlaku dan metod tersebut
ialah dikenali sebagai metod mitos dan perbandingan.
7.3.1
Mitos
Melalui
satu mitos Myth of Er, Plato
menceritakan bagaimana seorang yang pahlawan yang berani , anak kepada
Armeniues. Beliau diperintahkan oleh Hakim Maut supaya mengkaji nasib roh lain
yang mati mengenai beberapa perkara seperti pembahagian amalan baik dan buruk
serta keadaan roh yang kembali ke bumi dalam bentuk kehidupan yang berlainan
untuk menceritakan tentang apa yang dialami di alam kematian.
Beliau
juga memberitahu bahawa supaya tidak perlu gentar menghadapi kematian sekiranya
di alam dunia rohnya tidak tertarik dengan kenikmatan dunia seperti kekayaan ,
kuasa dan kedudukan, tetapi hanya tertarik kepada suatu bentuk kehidupan yang
dapat memberikannya kehidupan hakiki. Jaminan ini dapat diperoleh melalui dua
cara iaitu melalui pendidikan atau latihan yang diterima semasa kehidupan di
bumi. (Ahmad Sunawari Long 2008: 65)
7.3.2 Teori Perbandingan
Perbincangan
mengenai kekalan roh juga dapat diperjelaskan oleh Plato dalam karyanya Phaedo dan Meno. Dalam Phaedo,
78b-79c roh disamakan dengan dengan ciri bentuk seperti bersifat kekal, mempunyai
satu bentuk, tidak dapat dilihat dan hanya digarap oleh akal. Manakala dalam Phaedo, 80a, roh telah disamakan dengan
dewa yang bersifat kekal dan ia juga disamakan dari segi peranan yang mana dewa
berperanan mentadbir dan mengawal benda lain yang tidak bersifat kekal. Manakal
dalam Phaedo 105 pula, Socrates
mengemukan teori Opposite Form Argument untuk
membuktikan bahawa roh adalah kekal selepas berlakunya proses kematian.
Plato dalam karyanya Meno pula berlakunya dialog antara
Socrates, Meno dan seorang hambanya mengenai topic keharusan berlakunya kekalan
roh. Menurut Socrates, tidak dapat dinafikan bahawa roh mengalami satu kitaran
kehidupan hidup, mati dan kelahiran semula. Pusingan ini menyebabkan roh
mengalami proses mengingat semula yang tidak mustahil berlaku.
Dalam karyanya Meno 85d, Socrates membuat kesimpulan bahawa kita tidak pernah
mempelajari ilmu tetapi ia sentiasa ada pada diri individu dan ada dalam
dirinya semenjak sebelum kelahirannya dan roh wujud secara prakewujudan. (Ahmad
Sanuwari Long 2006: 66-67)
8.0
SENARAI
KAJIAN YANG PERNAH DIBUAT PLATO
Kemudian,
beliau mengkaji apa yang benda lain patut jadi, ia menjadi bukti kepadanya yang
mana benda tersebut diperlukan untuk mencapai kebahagiaan sama ada melalui ilmu
pengetahuan atau cara hidup. Kemudian, beliau mengkaji apa itu ilmu pengetahuan
dan kunci perbezaannya dan selepas itu beliau pula mengkaji tentang kebahagiaan
yang mana menjadi hakikat sebenar kebahagiaan.
Apabila beliau dapat mengetahui
tentang ilmu pengetahuan dan cara untuk memperoleh hikmah atau kebahagiaan,
beliau memulakan kajian tentang ilmu pengetahuan, jika seseorang itu memerlukan
ilmu, bolehkah ia mencapainya? Kemudian beliau mengkaji sama ada
kebolehancapaian ilmu pengetahuan dapat dicapai melalui peluang atau kajian
atau pemberitahuan atau pembelajaran.
Apabila Plato menjumpai bukti
tentang kesemua tentang sains, beliau mula untuk mengkaji tentang spekulasi
sama ada suatu ilmu pengetahuan dan cara hidup yang ideal dipengaruhi oleh
agama atau tidak. Kemudian , beliau membuat kajian sama ada seni merupakan
bahasa dalam sains dan sama ada seseorang itu faham tentang makna sesuatu nama.
Apabila kesenian yang asal tidak menerangkan tentang ilmu
pengetahuan, kemudian beliau mengkaji adakah kesenian menghasilkan sesuatu
sajak dan kemudian beliau membuat kajian yang sama tentang kesenian mengenai
ritorik dan sesuatu dalil atau hujah yang munasabah tetapi terkadang ia
mengelirukan. Beliau juga telah menyiasat tentang kajian mengenai dialektika
sama ada ia merupakan pemacu utama kepada ilmu pengatahuan atau tidak.
Apabila
Plato menghabiskan tentang kesemua secara umumnya menerima bahawa saintifik dan
teori kesenian dan menjumpai bahawa ia bukanlah penyumbang terbesar kepada
pengetahuan tentang kejadian dan panduan dalam kehidupan. Kemudian beliau
memulakan penyiasatan praktikal tentang kesenian dan tindakan semulajadi
mengenai kesenian.
Apabila perkara yang berguna dan yang menguntungkan
terpaksa dikaitkan dengan kesemua kesenian yang praktikal, maka Plato mula
menyiasat apakah yang itu kesesuaian dan apakah itu yang menguntungkan. Beliau
menyiasat perkara yang dipandang baik oleh mata dan yang menguntungkan apabila
dipandang dengan mata merupakan sesuatu yang betul-betul baik dan menguntungkan
atau tidak. Kemudian beliau memberi penjelasan tentang hubungan antara perkara
yang baik dan perkara yang menguntungkan pada pandangan pancaindera seperti
mata.
9.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, di sini dapat disimpulkan bahawa Plato
merupakanseoarang pemikir falsafah yang paling unggul dan berwibawa.Hal ini
kerana karya-karya yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang tersirat dan
memerlukan pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara yang
ingin disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh
falsafah yang terkemuka kerana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam
bentuk puisi atau dialog mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah
yang dihasilkan adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Oleh hal yang demikian, Plato telah dijadikan sumber inspirasi oleh ahli falsafah
lain dalam penghasilan karya mereka dan Plato diibaratkan sebagai pencetus idea
kepada mereka
Rujukan
Ahmad Sanuwari Long. 2006. Sejarah
Falsafah Edisi Pertama. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Ahmad Sanuwari Long. 2008. Sejarah
Falsafah Edisi Kedua. Bangi: Universiti
Kebangsaan
Malaysia
DR. J.H.RAPAR,Th.D,Ph.D,1988.Filsafat Aristotles,Rajawali
Pers.Jakarta.
Isa Hasan. 2009.Al-falsuf Al-yunani Aflatun Al-jumhuriah
Al-madiniah Al-Fadhilah. Al
-ahliah
lilnasyri wa Attauzi’.Aman.Al-urdun.
Jostein Gaarder.2006.Dunia Sophies Word Sophie.ITNMB. Kuala
Lumpur.
K.H.Muhammad Sholikhin,2008. Filsafat Dan Metafizika Dalam
Islam.Mariasi.Yogyakarta.
Muhsin Mahdi. 1962. Al-Farabi’s
Philosophy Of Plato And Aristotle. New York: Agora
Paperback
Editions.
R.M.Hare.1982.Plato.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Selangor.
Stumpf. S. E. 1975. Socrates
To Satre. New York: MacGraw Hill Book Co.